Budak Menjadi Cacat Setelah Dibaham Dua Ekor Anjing Ganas



Oklahoma: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun mungkin terpaksa menjalani pelbagai pembedahan muka untuk tempoh beberapa tahun akibat serangan ganas dua anjing baka pit-bull milik jirannya.




Bernie Molnar bermain basikal hadiah Krismas di luar rumahnya pada 27 Disember lalu sebelum dua anjing itu menyerangnya.

Ibunya Christina Dettling berkata, dia mendengar anaknya meraung dan terkejut apabila melihat Bernie berlumuran darah manakala telinganya koyak dan tangannya patah.

Seorang jiran lain bernama Patrick berjaya menghalang anjing berkenaan daripada terus membaham Bernie sebelum mangsa dibawa ke hospital.

Akibat kejadian itu dia memerlukan pelbagai pembedahan untuk memulihkan keadaan mukanya - AGENSI



Sumber

0 Response to "Budak Menjadi Cacat Setelah Dibaham Dua Ekor Anjing Ganas"

Post a Comment