
Seorang
kanak kanak perempuan Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah batu
merentasi kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan selepas pesawat ringan yang
dpandu bapanya terhempas, Jumaat lalu. Berapa kuatnya semangat untuk meneruskan
kehidupan..
Dalam
nahas yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat itu, bapanya, Marty Gutzler,
49, ibu, Kimberly Gutzler, 45, kakak, Piper Gutzler, 9, dan sepupu, Sierra
Walder, 14 maut serta-merta di tempat kejadian.

Gambar
yang diambil beberapa hari sebelum pesawat ringan yang dipandu bapanya
terhempas
Saolir
berjaya keluar dalam keadaan berlumuran darah daripada bangkai pesawat yang
terhempas dan berjalan jauh sebelum menemui rumah warga emas Larry Wilkins, 71, pada jam 6.30 petang.
Larry
ketika itu sedang menonton televisyen terkejut melihat keadaan kanak-kanak itu
dan segera menghubungi talian kecemasan 911.
“Saya
sangat kasihan melihatnya sehingga mengalirkan air mata. Dia gadis kecil yang
sangat berani,” ujarnya.
.

Saat-saat
bahagia keluarga Gutzler sebelum tiga daripada
mereka terbunuh dalam nahas pesawat, Jumaat lalu.
Sementara
itu, pegawai polis, Sarjan Dean Patterson memberitahu pesawat itu dalam
penerbangan ke Illinois dari Florida sebelum terhempas di kawasan hutan
berdekatan tasik.
Pesawat
itu ditemui dua jam selepas laporan polis dibuat dan dipercayai terhempas kerana
masalah enjin.
Sailor
yang sudah dibenarkan keluar hospital kini dijaga oleh datuk dan
neneknya.
Sumber
0 Response to "Pesawat Terhempas, Kanak-Kanak Redah Hutan Sendirian"
Post a Comment