Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2014 Nuha melahirkan rasa kecewa apabila foto yang diambil bersama Ewal telah disalah ertikan oleh pengikut Instagramnya.
Foto yang dimuat naik oleh Nuha beberapa hari yang lalu menampakkan seakan-akan Nuha bersandar pada bahagian dada Ewal dan dagu Ewal diletakkan di atas kepalanya.
Disebabkan itu Nuha telah menerima pelbagai komen negatif sehingga ada diantara mereka yang meluahkan rasa kurang selesa dengan keakraban hubungannya bersama Ewal.
Perlakuan Nuha itu dianggap tidak bersesuai dengan dirinya sebagai seorang gadis bertudung.
Foto tersebut bagaimanapun telah dipadam oleh Nuha tidak lama kemudian.
Dalam pada itu, Nuha menerusi akaun Instagramnya telah menjelaskan perkara sebenar yang berlaku semasa bergambar bersama sahabat baiknya dengan menggunakan hashtag #tanyasebelumfitnahsaya.
Menurut Nuha atau nama sebenarnya Syamila Nuhair Zainordi perkara tersebut hanyalah salah faham dan disebabkan terlalu banyak cacian yang diterima, dia telah mengambil keputusan untuk memadamkan gambar tersebut.
Penjelasan Nuha mengenai foto tersebut.
Penyanyi berusia 22 tahun itu juga memberitahu akan lebih berhati-hati ketika memuat naik sebarang foto di laman sosial tersebut.Sebelum ini, Nuha pernah dimarahi peminat gara-gara mendedahkan maklumat peribadinya menerusi Instagram.
0 Response to "Nuha AF Bergambar Sweet Dengan Ewal,Dimaki Pengikut Instagram"
Post a Comment