Dengan niat memberikan reaksinya kepada isu konsert K-Pop artis B1A4 yang menyebabkan tiga gadis Muslim bertudung terlibat dalam adegan peluk-memeluk dengan artis berkenaan, seorang wanita menjadi mangsa kecaman di laman sosial.
Wanita itu yang identitinya masih misteri, merakamkan klip video selama 5:42 saat dan di dalam video itu mengatakan bahawa gadis-gadis itu berada di atas pentas berkenaan kerana keizinan tuhan.
Menurutnya lagi, kejadian itu bukan sahaja menguji ketiga-tiga gadis berkenaan tetapi sebenarnya menguji juga orang ramai yang dilihat memaki dan mengutuk tindakan mereka yang memeluk artis berkenaan.
“Bukan mereka yang diuji tetapi kita juga, mereka berada di atas pentas kerana izin Allah.
“Allah hendak uji kita yang hebat sangat menjadi ‘keyboard warrior’, anda memaki orang seolah-olah anda hebat daripada anda lahir sampai sekarang,” katanya.
Kenyataan wanita itu mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial kerana bertindak menyalahkan keizinan Allah yang menyebabkan maksiat berlaku seolah-olah takdir yang membenarkan sesuatu itu berlaku.
Dia juga berkata, jika kita berniat untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, Allah boleh mengizinkannya berlaku pada bila-bila masa sahaja.
“Sama juga macam pilihan kita untuk membuat sesuatu perkara yang tidak baik, bila-bila masa Allah boleh izinkan dan bila-bila masa juga Allah boleh tak izinkan,” katanya.
Daripada ruangan komen, pelbagai pihak mengecam kenyataan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa Allah memang mengizinkan tetapi Allah juga memberikan manusia akal untuk berfikir dan mengelak melakukan perkara-perkara yang dilarangNya. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO AWEK TUDUNG CUBA KOMEN ISU PELUK K-POP DIKECAM DI FB"
Post a Comment