SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berhenti berucap sebaik menerima berita kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebentar tadi.
Beliau yang ketika itu menyampaikan ucapan bersempena dengan Program Kolej Teknologi YPC di Kuala Lumpur kelihatan sebak dan hiba.
Beliau seterusnya dilaporkan meminta hadirin bersama-sama membacakan surah al-Fatihah buat Allahyarham.
Terdahulu, Mursyidul Am Pas itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini.
Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.
LIKE JIKA SUKA
0 Response to "PM Henti Berucap Ketika Terima Berita Kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz"
Post a Comment