Dapat berita semalam.. agak keliru sebenarnya.. sedih dan sayu.. dan terkini Harian Metro dah sahkan maklumat yang disampaikan menerusi pesanan wassap..
Lapor mereka ;
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bharu. Berita lanjut menyusul...
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]
Dan Alfatihah. Sesungguhnya orang-orang alim tempatnya di syurga.
Akan dikemaskini..
UPDATE 1
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.
LIKE JIKA SUKA
0 Response to "Tuan Guru Nik Aziz Telah Pergi Meninggalkan Kita Semua"
Post a Comment