Pelawak Nabil Ahmad memberitahu dia
dalam keadaan selamat sewaktu berlakunya insiden rempuhan sewaktu jutaan umat
Islam menunaikan ibadah Melontar Jamrah di Mina.
Menurut Nabil Ahmad atau nama sebenarnya
Ahmad Nabil bin Ahmad, dia hanya akan bertolak ke Mina pada jam 3 petang dan
turut terkejut dengan insiden rempuhan yang setakat ini telah mengorbankan 453
orang.
“Allhamdulillah. Saya okay kat sini (Masjidil Haram). Dapat tahu perkara ini pun menerusi berita yang disiarkan. Apabila berita insiden rempuhan di Mina berlaku, saya agak terkejut dan turut terima banyak WhatsApp daripada ahli keluarga.
“Malah rakan-rakan artis seperti Abang Afdlin Shauki dan Pak Nil pun turut bertanyakan khabar dan keadaan saya sekarang macam mana,”jawab Nabil sewaktu dihubungi Astro Gempak.
Jelas Nabil lagi, pihak pengurusan haji Malaysia telah pun membuat taklimat ringkas mengenai keselamatan dan persediaan jemaah untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingingi berulang lagi.
“Taklimat ringkas telahpun dibuat untuk para jemaah haji dari Malaysia sebagai langkah-langkah keselamatan. Kami diminta untuk jalan secara berkumpulan dan berhati-hati. Itu sahaja,” ujar Nabil.
Nabil Ahmad bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 19 September yang lalu dan dijangka tiba ke tanah air pada 1 Oktober ini.
Menerusi akaun Twitter milik Jabatan Pertahanan Awam Saudi melaporkan jumlah korban insiden rempuhan manusia di Mina telah meningkat ke 717 orang dan 863 tercedera.
Sehingga kini pihak Tabung Haji Malaysia dan mana-mana agensi berkaitan masih belum mengetahui jika ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut.

-astrogempak
0 Response to "Insiden Rempuhan Mina: Saya Okay Kat Sini - Nabil Ahmad"
Post a Comment