CHINA - Seorang
kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dilanggar kereta berhampiran dengan
pusat beli-belah Zhengzhou, semalam.
Ibu mangsa
dikatakan terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbitnya berbanding memerhatikan
anaknya itu. Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta SUV, lapor Tencent News.
Menurut saksi
kejadian, mangsa bermain di tepi jalan manakala ibunya sibuk bermain telefon
bimbit. Ibu mangsa yang terlalu fokus dengan telefon bimbit sehingga tidak
menyedari anak lelakinya itu bermain di tengah jalan.
Mangsa dikejarkan
ke hospital, namun mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Pemandu kereta
SUV, Wong, telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.
0 Response to "Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat KEBODOHAN Ibunya Sendiri"
Post a Comment