‘KUASA’ Internet menyaksikan pihak polis berjaya menahan tiga wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan dalam satu kes pergaduhan di Kelantan, selepas video kejadian menjadi viral di laman Facebook, sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner
Rohaimi Md Isa berkata, seorang daripada suspek ditahan dua hari lalu di Padang
Tembak, Pengkalan Chepa manakala dua lagi wanita ditahan di rumah mereka di
Taman Sari dan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu antara 3 hingga 4 pagi
Rabu.
“Kes ini sebenarnya berlaku 15 Oktober lalu
dan kita ada menerima laporan namun hanya heboh diperkatakan selepas viral di
laman sosial Facebook,” katanya.
Tambah Rohaimi, kesemua suspek ditahan reman tiga
hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun
Keseksaan.
Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi dua minit
11 saat memaparkan seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan menjadi
viral di media sosial.
Difahamkan, punca pergaduhan disebabkan penipuan
dalam urusniaga jual beli tuala wanita di atas talian. –
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "3 DITAHAN REMAN BERIKUTAN KES VIRAL PENJUAL TUALA WANITA DIBELASAH"
Post a Comment