SEORANG wanita di China bertindak merosakkan kereta
mewah BMW 740 milik suaminya selepas mendapati lelaki tersebut mempunyai
perempuan simpanan.
Kejadian yang berlaku di Shenzhen itu menyaksikan
wanita yang dikenali sebagai Wu memukul kenderaan terbabit berulang kali dengan
penukul.
Wu dikatakan berang dan membuat keputusan untuk
menghancurkan kereta yang bernilai hampir RM700 ribu itu selepas mendapati
suaminya membawa perempuan lain menaikinya.
Orang ramai mula perasan dengan insiden tersebut
selepas mendengar bunyi bising di tempat letak kereta bersama dengan jeritan
wanita marah itu.
Wi dilaporkan memukul kereta tersebut sambil
menjerit “perempuan jalang yang duduk di dalam kereta ini terlalu
kotor!”.
Pengawal keselamatan cuba menenangkannya namun Wi
memberi amaran agar tidak masuk campur dengan menyatakan kereta itu
miliknya.
Suaminya dilaporkan mempunyai urusan luar dan hanya
maklum selepas diberitahu oleh pengawal keselamatan mengenai insiden
terbabit.
Kekesalan wanita tersebut telah menyebabkan
kemusnahan teruk pada kereta mahal itu dengan kedua-dua belah lampu di bahagian
depan dan belakang hancur, cermin pecah dan retak serta tempat membuka pintu
juga rosak dan kemik di beberapa bahagian. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO: WANITA PECAHKAN BMW, BERANG SUAMINYA CURANG!!!"
Post a Comment