Ini terbukti apabila baru-baru ini, Tunku Laksamana
Johor, Tunku Abdul Jalil mencemar duli dengan mengisar ais di sebuah gerai
menjual air batu campur (ABC) di Pontian.
Video itu turut dikongsikan Tunku Jalil menerusi
laman Instagramnya.
Baginda dalam pakaian kasual t-shirt hitam dan
tangan kiri berbalut, kelihatan bersahaja melakukan tugasan itu sambil diperhati
pemilik gerai.
Netizen memuji sikap rendah diri Tunku
Jalil yang sememangnya mudah mesra selain gemar bercampur dengan semua penduduk
di Johor.
Tunku Jalil, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Ismail sebelum ini disahkan menghidap penyakit kanser hati dan kini
berada dalam fasa pemulihan.
– MYNEWSHUB.CC
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO: AKSI SELAMBA TUNKU JALIL KISAR AIS DI GERAI ABC"
Post a Comment