
20 Okt - Ya, memang Raja Bomoh
Malaysia, Ibrahim Mat Zain memang terkenal dengan aksi-aksi pelik apabila tampil
dengan gayanya tersendiri untuk 'menyelesaikan' satu-satu isu yang berlaku dalam
negara.
Terbaru, beliau melakukan
upacara mengurangkan jerebu menggunakan ais dimana video upacara tersebut
menjadi viral di media sosial.
Namun, semenjak isu jerebu
semakin teruk, nampaknya ada pihak yang mengambil kesempatan memviralkan satu
keratan berita palsu yang memaparkan Raja Bomoh bersama satu pasu. Keratan
berita itu bertajuk "My vase will suck all the haze".
Namun setelah diselidik,
gambar keratan berita tersebut sebenarnya dibuat dengan menggunakan satu
peralatan online, photofunia , yang
membenarkan pengguna membuat apa sahaja tajuk berita bersama
gambar.
Selain dari berita Raja Bomoh
ini, beberapa berita lain terutamanya berita dari luar negara turut menjadi
mangsa penipuan ini. Jika diteliti templat yang digunakan adalah
sama.
SUMBER:SIAKAPKELI.MY
0 Response to "KISAH SEBENAR KERATAN BERITA RAJA BOMOH SEDUT JEREBU!!!"
Post a Comment