Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Ahmad Maslan berang, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab
sekali lagi menggunakan akaun Twitter palsu untuk mengeluarkan kenyataan dan
mengaitkan dengan dirinya, bagi membangkitkan kemarahan orang ramai berhubung
isu kenaikan kadar tol.
Menerusi kenyataan palsu yang telah direka itu,
Ahmad meminta pengguna kenderaan yang terjejas dengan kenaikan tersebut, supaya
tidak lagi memandu kereta, sebaliknya naik kereta lembu, sekiranya tidak mahu
membayar tol.
Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menjelaskan,
beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.
“Orang yang fitnah saya ini muflis idea. Rakyat pun
dah tak percaya.
“Saya tidak pernah beri komen bodoh seperti disebut
itu!” tegasnya menerusi akaun Twitternya, hari ini.
Ketua Penerangan Umno itu sering menjadi mangsa
Twitter palsu, terutamanya berkaitan kenyataan melibatkan isu Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST), ketika beliau menjadi Timbalan Menteri
Kewangan.
Pada 1 Julai lalu, Ahmad didakwa mengeluarkan
kenyataan yang mengatakan rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga petrol
RON95.
Kenyataannya itu menjadi viral di media
sosial, sebelum beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan itu.
0 Response to ""SAYA TIDAK PERNAH BERI STATMENT BODOH SEPERTI ITU""
Post a Comment