
Seorang pemandu kereta Suprima S terselamat
daripada bertembung dengan kenderaan lain selepas sistem kawalan kestabilan
elektronik (ESC) berfungsi dengan baik.
Kejadian tersebut dirakamkan dalam sebuah video
berdurasi 11 saat yang mana dikatakan berlaku di Jalan Ulu Yam, Selayang yang
sememangnya diketahui ramai agak berbahaya kerana mempunyai selekoh yang
tajam.
Dalam video berkenaan, pemandu tersebut dilihat
memandu dengan kelajuan yang agak tinggi sewaktu memandu di jalan berkenaan pada
waktu malam.
Apabila tiba di selekoh tajam di jalan berkenaan,
pemandu tersebut tidak menyedari ada kenderaan datang dari arah berlawanan dan
kemudiannya menekan brek pada kelajuan yang tinggi.
Namun begitu, sekalipun kereta berkenaan sedikit
hilang kawalan namun sistem ESC yang sememangnya dilengkap dalam semua variasi
Suprima standard berfungsi pada waktu yang tepat.
Sekiranya sistem ESC berkenaan tidak berfungsi,
kereta berkenaan akan hilang kawalan dan akan bertembung dengan sebuah lagi
kereta yang datang dari arah berlawanan sekaligus menyebabkan berlaku
kemalangan.
Video tersebut dimuat naik di Youtube dan telah
ditonton oleh 31,177 pengguna Internet.
0 Response to "VIDEO: PEMANDU PROTON SUPRIME S SELAMAT ELAK NAHAS"
Post a Comment