![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv9fjqW_aNotU60_UJ_CsQRBjhIfg1eYff-jlXyhnT-ye9KZ2QRkic2-x1SKpGGgGqGu72f0IflEhGB9-bHPCYSdWOKvuIjGzOP_BodQ0iGpV9VsG0GT_9k5sR05RK9m0bxM-MV65Nvgk8/s400/PJ281015FH010.transformed.jpg)
Sepang, 28 Okt: Seorang jemaah
haji, Fatimah Abd Latif, 60, tidak menyangka dia boleh berjalan semula sewaktu
berada di Madinah sedangkan sebelum ini sudah lima tahun badan belah kirinya
lumpuh akibat dari angin ahmar.
Menceritakan kejadian ajaib
itu, Fatimah berkata dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas dia
bangun dari tidur dan bersiap sedia menunaikan solat Subuh di Masjid
Nabawi.
"Saya terus memanggil anak
perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang
dialami pada waktu itu.
"Kemudian, saya cuba bergerak
tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi
bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid
Nabawi," katanya di KLIA ketika ditemui wartawan sebagaimana memetik laporan
myMetro.
Tambah Fatimah lagi, ketika
dia tiba di Madinah untuk ke Makkah dia masih lagi memerlukan kerusi roda untuk
bergerak.
"Alhamdulillah, syukur kepada
Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya
kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.
"Allah memakbulkan doa saya
dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,"
katanya.
- Siakapkeli.my
0 Response to "5 Tahun Lumpuh, Tak Sangka Dapat Berjalan Semula Di Madinah"
Post a Comment