![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7Erhe1DXVbgFIFR8lbj5Du34B6-t7HjbG3isQSNflICju_bsYEglnrywTutOTW4DjPIxWozcAytnRrs_MpVcFEswjNBdbWQtkUvQDADOxSPeyLZB07o1L-JDIt0TVAlMecwWFjooxOTRB/s400/34.jpg)
Di Arab Saudi, baru dua hari
berkahwin, seorang suami menceraikan isterinya selepas berlaku beberapa insiden
buruk sewaktu berbulan madu.
Menurut laporan Emirates 24/7,
kerana beberapa insiden yang berlaku ketika pasangan tersebut berbulan madu,
lelaki tersebut mengganggap isterinya itu ‘pembawa sial’.
Pada malam selepas majlis
pernikahan, pasangan itu makan malam di sebuah restoran dan terjadi perkara yang
tidak diingini.
Pelayan yang membawa makanan
mereka terjatuh selepas si isteri memuji cara pelayan itu berjalan. Bermula dari
insiden itu, si suami mengganggap isterinya pembawa sial.
Tibanya di rumah mereka, si
isteri memegang botol minyak wangi dan memberitahu suaminya bahawa botol minyak
wangi tersebut sangat cantik.
“Selepas dia berkata
sedemikian, botol itu jatuh dan pecah,” ujar laporan akhbar di Arab
Saudi.
Selepas insiden itu, si suami
memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dan menghantar semula isterinya
kembali kepada keluarganya pada keesokan harinya. - HASANUVA
0 Response to "Dianggap ‘Pembawa Sial’, Isteri Diceraikan Suami Dua Hari Selepas Berkahwin"
Post a Comment