![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi86eO-WSALAWT0lPdL0rj5xB1Ii7A3BwbBbtgc3Q6W8XoQLUgN1dPZGNbDRtddKzLFug6rnQRQdZ2z3cjuL0DONwZKc-xE1XSPBylkBLCYZYikKTgwv2tvufvBsyBVPdGOBFzCF4yooIcr/s400/ezlynn-dedah-punca-semakin-menghilang-dalam-industri-hiburan.png-2.png)
Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Ezlynn yang dahulunya pernah popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye. Ekoran agak lama menyepikan diri dalam bidang seni, timbul desas-desus mengatakan beliau dikatakan merajuk dan membawa diri.
Tampil mendedahkan perkara sebenar, beliau menafikan perkara tersebut, sebaliknya mempunyai alasan yang kukuh mengapa dia tidak aktif seperti dahulu.
“Saya bukan merajuk, cuma selepas berkahwin saya lebih selesa memberikan perhatian kepada rumah tangga. Hendak kata kecewa dengan industri memang jauh sekali,” katanya.
Tambah Ezlynn, walau pun tidak aktif sebagai penyanyi, tetapi dia ada terlibat dalam bidang lakonan dan teater.
“Ada beberapa teater yang saya sertai seperti Mimpi Atilia. Ia satu pengalaman hebat bagi saya. Malah suami, Adam Fahmi yang juga pengurus saya banyak memberikan sokongan untuk menyertai bidang itu,” katanya.
Selain itu, Ezlynn kini sedang sibuk memberikan fokus kepada program realiti Gegar Vaganza yang bermula minggu lalu.
“Saya harap menerusi program ini, nama saya akan kembali di ingatan peminat seni, Insya-Allah,” katanya.
Ujar penyanyi berusia 33 tahun ini, dia juga sebenarnya sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
“Memang urusan anak di tangan ALLAH SWT, tetapi saya dan suami cuba lakukan apa yang termampu. Lagi pun sudah empat tahun perkahwinan kami sepi tanpa kehadiran cahaya mata,” katanya.
Dalam pada itu, Ezlynn memberitahu, dia tidak pernah tertekan kerana perkara itu.
“Alhamdulillah, keluarga banyak memberikan sokongan, mereka faham semuanya bergantung kepada rezeki,” katanya. - GOSIPMALAYSIA
0 Response to "Pendedahan Sebenar Ezlynn Seakan Hilang Dari Industri Hiburan!"
Post a Comment