![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6dfCOeeyZds7vISuqi8KXaXM8PQqvJGsFztINIAfT977QUtyCNG_Eup5Ia0NqjGpq0lTnjaDCBJcC2Wn-quHrwQqbyFe6XxjXGiZaZZBVd0XTdNVeLEQp695F8S-73ej8oqpA5frBrFpI/s400/222.jpg)
SIAPA yang tidak pernah ada pengalaman diganggu benda mistik pastinya sukar untuk mempercayai kewujudan makluk halus mahupun hantu bukan?
Walau
bagaimanapun, sebuah video ‘berhantu’ yang mula tersebar di Singapura ini pasti
akan membuatkan bulu roma anda semua berdiri.
Menerusi
rakaman litar tertutup (CCTV), insiden mistik itu menunjukkan kerusi di sebuah
bar yang terletak di Chinatown itu telah bergoyang dan jatuh dari kedudukan
asalnya.
Dua
orang lelaki dan seorang pelayan di bar itu kelihatan bingung dan pelik dengan
kejadian tersebut sebelum meletakkannya kembali di kedudukan asal.
Kejadian
misteri itu juga telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai satu
entiti misteri seperti kanak-kanak yang muncul dan berlari di belakang dua orang
lelaki terbabit.
Rata-rata netizen tidak
mempercayai kejadian tersebut dan menyifatkan perkara itu sengaja direka-reka
sempena sambutan Halloween.
Namun
begitu, ada segelintir daripada mereka yang cuba berfikiran logik dan menyatakan
kanak-kanak tidak dibenarkan ke tempat sedemikian.
Jadi,
semua itu terserah kepada kepercayaan masing-masing sama ada untuk
mempercayainya atau tidak. – SUMBER MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Video SERAM! Hantu Usik Tolak Kerusi Di Bar Singapura"
Post a Comment