![](http://1.bp.blogspot.com/-feyIdWbLgjE/VjEO4ITPFvI/AAAAAAAABKo/xxA-7odCQQQ/s640/tipu.png)
Suasana jadi kecoh selepas seorang peserta marathon menipu dalam satu pertandingan marathon diadakan di Kenya. Peserta tu dikenali Njogu, 28 ditahan atas kesalahan menipu untuk menang tempat kedua acara Nairobi International Marathon.
Menurut sumber, Njogu kantoi menipu selepas pihak pengajur perasan dia bersembunyi di celah-celah penonton dan selamba keluar berlari di saat-saat terakhir bersama peserta lain.
Lagi satu masa sampai ke garisan penamat tu, Njogu tak berpeluh langsung dan tak nampak lesu macam peserta-peserta lain sebab tu diorang pelik dan heran. Bila selidik kantoi dia menipu. Orang lain lari 42 kilometer, Njogu lari lebih kurang 1 kilometer aje.
Disebabkan kebodohan diri tu, penyertaan dia dibatalkan dan hadiah sebanyak $7,000(RM30,000) tu melayang. Sia-sia aje mai.. MissHana/Utaranews.com
0 Response to "Peserta Marathon Kantoi Menipu Sembunyi Belakang Penonton"
Post a Comment