
Setiap yang berlaku memang tidak boleh diduga, Miss A
rasa baru beberapa minggu lepas penyanyi Nubhan berkongsikan berita gembira yang
isterinya, Afifah Hidayah telah pun hamil di laman sosial..
Yang terbaru ni pulak, Nubhan telah memaklumkan isteri
tercinta dia telah pun disahkan keguguran selepas hamil tujuh minggu.. Pastinya
berita ini membuatkan hati setiap lelaki yang bakal bergelar ayah amat sedih,
namun Nubhan tetap redha dengan perkara yang sudah berlaku..
Ramai peminat yang turut menyatakan rasa simpati
mereka terhadap perkara yang sudah berlaku ke atas Nubhan dan isteri.. Ada juga
antara peminat menyifatkan keguguran isteri Nubhan kerana salah mereka sendiri..
Kata orang tua-tua dulu, kalau di awal-awal kehamilan jangan diumumkan
dahulu..
Bila dah terlalu awal mengumumkan berita gembira ini,
kita tak tahu apa yang akan jadi di kemudian hari.. Ini antara peribahasa yang
ditujukan netizen pada Nubhan, 'Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung'.. Amboi,
Nubhan tengah bersedih boleh pula korang tinggalkan peribahasa untuk dia
ek??
Secara jujurnya, Miss A merasakan setiap yang berlaku
itu sudah pun tertulis olehNya.. Diharap selepas ini Nubhan akan jadikan perkara
ini sebagai pengajaran, kalau isteri hamil tak payah umumkan.. Dah bersalin baru
hebohkan tau.
0 Response to "TERLAMPAU SERONOK PUNCA ISTERI NUBHAN KEGUGURAN?"
Post a Comment