
MERSING - Seorang guru wanita membuat laporan polis semalam berikutan keselamatan dirinya serta beberapa lagi guru lain berasa terancam.
Salina Daud, 50, mendakwa
dia telah diserang oleh seorang bapa kepada muridnya di SJKC Pai Chee pada jam
12.20 tengah hari.
Difahamkan, murid
terbabit, Ng See How, telah memaki beliau pada 5 Januari yang lalu dalam bahasa
mandarin tanpa sebarang sebab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Bapa murid terbabit, Ng
Lee Ze, bagaimanapun datang menyerang mangsa dengan membaling buku-buku dan
alatan mengajar milik mangsa di bilik guru sambil disaksikan oleh beberapa orang
guru sebelum bertindak menarik dan menenangkannya.
Mangsa membuat aduan
mengenai perkara itu pada guru kelas tetapi sehingga jam satu tengah hari, tiada
sesiapa pun yang datang berbincang dengannya mengenai kejadian itu.

Ekoran itu, mangsa membuat
laporan polis mengenai kejadian itu serta tidak berpuas hati pihak sekolah juga
tidak melindunginya sebagai salah seorang guru sekolah tersebut.
Dalam laporan yang sama,
mangsa juga mendedahkan Guru Besar, Cikgu Ang Swee Hoon juga pernah menghalaunya
dan dua lagi guru yang lain iaitu Cikgu Syuhahad dan Cikgu Zuraida bahawa
masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (iaitu kami) mengajar di
SJKC Pai Chee pada 19 November 2015.
"Guru Besar juga telah
menemui PPD dan meminta agar kami dikeluarkan dari SJKC Pai Chee atas sebab
guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah," katanya.
Mangsa menegaskan bahawa
laporan itu dibuat kerana merasakan dirinya dan dua orang guru Melayu berasa
tidak lagi selamat berada di sekolah berkenaan.
Dalam surat rasmi yang
dihantar kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mersing pula mendedahkan lebih
terperinci.

Selain dari dipaksa keluar
dari sekolah itu, guru-guru yang terlibat juga pernah dimarahi dan dimalukan di
hadapan murid tahun enam ketika berada di dalam dewan.
"Maruah kami terjatuh
apabila Guru Besar memalukan dan memarahi kami di depan murid-murid tahun 6 yang
kami tidak membuat kerja yang diamanahkan.
"Salah seorang daripada
kami juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di hospital atas alasan 'Belum
mahu mati lagi' sedangkan ada guru-guru yang lain mendapatkan khidmat rawatan
setiap minggu.
"Cuti sakit dan cuti rehat
khas bagi guru-guru dan kakitangan Melayu juga dipertikaikan. Ada sesetengah
guru-guru Cina menghebahkan kepada murid-murid bahawa guru-guru Melayu
menyusahkan pihak sekolah," dedahnya antara 17 perkara yang dibangkitkan dalam
surat rasmi tersebut.
0 Response to "MURID MEMAKI GURU MELAYU, BAPA MURID PULA DATANG MENYERANG"
Post a Comment