
Semalam kita telah menyaksikan Shaheizy Sam dan
Syatilla Melvin telah membuat sidang media, yang mengumumkan mereka bakal
bernikah pada 8 Februari depan di Pulau Pinang.. Dengan pengumuman ini maka
tamatlah teka-teki mengenai pasangan ini yang didakwa sedang
bercinta..
Di majlis itu juga, pihak Sam telah mendedahkan nilai
tajaan untuk majlis perkahwinan mereka.. Miss A boleh katakan majlis perkahwinan
mereka ni boleh disifatkan sebagai ‘Wedding of the year 2016’.. Dorang punya
tajaan saja berjumlah RM25 juta kot!
Menurut penaja itu sendiri, tajaan bernilai RM 20 juta
sahaja adalah untuk barang kemas dan selebihnya untuk majlis kahwin mereka..
Hanya disebabkan tajaan berjuta-juta ringgit ini, peminat Sam berbalah sesama
mereka..
Ada yang mengkritik dan ada juga ‘backup’ pelakon
itu.. Sesetengah pihak merasakan, pasangan ini tak perlu nak mendapat tajaan
juta-juta pun.. Lebih baik dorang keluarkan duit sendiri, masing-masing dah
kaya.. Nak kahwin pun tak payah la sampai dapat tajaan..
Nampaknya, tajaan kahwin Sam ini dah berjaya kalahkan
tajaan kahwin Rozita Che Wan.. Nak buat macam mana, artis popular memang ramai
yang nak taja.. Bukan saja-saja nak taja, tajaan tersebut juga bertujuan untuk
mempromosikan barang mereka sama..
Korang bergaduh banyak-banyak pun tak guna, tajaan
dorang masih lagi akan berjalan.. Lagipun, pasangan ini cuma jadi ‘Raja sehari’
dan dapat pakai barang kemas RM20 juta untuk sehari tu saja.. Bukan boleh bawa
balik rumah, simpan kat dorang.. Korang semua kena faham dengan konsep
tajaan.
0 Response to "PEMINAT BERBALAH KERANA TAJAAN PERKAHWINAN SAM DAN SYATILLA MELVIN"
Post a Comment