Seramai 12 orang pengunjung
pusat karaoke milik Inul Vizta Manado di Jalan AJ Sondakh, Kawasan Megamas,
Manado, Sulawesi Utara, dilaporkan maut akibat kebakaran kemarin.
Menurut laporan polis, suasana
tempat karaoke keluarga tersebut juga sedang penuh sewaktu kebakaran
tercetus.
Mangsa yang terkorban tidak
dapat menyelamatkan diri kerana api begitu cepat menjalar.
Dilaporkan rata-rata tubuh
korban tidak mengalami luka serius atau luka dari kesan kebakaran.
Difahamkan lagi, mangsa
terkorban kerana sesak nafas dek kekurangan oksigen
Sementara itu Penyanyi dangdut
Indonesia yang terkenal dengan goyang gerudi, Inul Daratista memohon maaf dan
menyatakan simpatinya terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian
kebakaran di pusat karaoke miliknya, Inul Vizta Manado, di Mega Megamas, Manado,
Sulawesi Utara, awal pagi Ahad lalu.
Dalam kejadian 1 pagi itu, 12
orang terkorban, 71 lagi cedera.
Inul menerusi Instagramnya
memaklumkan kejadian itu berlaku dalam tempoh 10 tahun dia terbabit dalam
perniagaan dan memberi peringatan kepadanya untuk mengambil langkah lebih baik
pada masa akan datang.
Portal berita tempatan memetik
Ketua Polis Daerah Manado, Rio Permana sebagai berkata, pusat karaoke yang
terletak di tingkat tiga sebuah kompleks padat dengan pengunjung ketika kejadian
berlaku.
Kebanyakan pengunjung dilapor
tidak menyedari kebakaran itu kerana mereka asyik berhibur dan hanya melarikan
diri setelah ternampak api mula marak.
Ramai yang terperangkap kerana
hanya ada satu pintu keluar dan menyebabkan ramai yang menyelamatkan diri dengan
terjun dari tingkat dua dan tiga.
Semua mangsa yang meninggal
dan cedera dibawa ke Hospital Prof dr RD Kandou Malalayang, Manado.
Kebakaran yang dipercayai
akibat litar pintas itu dapat dikawal sepenuhnya pada kira-kira 3.30
pagi.
Sumber: infodanagama
0 Response to "Allah Bayar CASH Pengunjung Kelab Malam milik Penyanyi Dangdut Inul Vizta Manado"
Post a Comment