Menerusi
video berdurasi 1 minit 11 saat, kedua-dua wanita yang dipercayai di dalam
lingkungan 20-an itu seakan-akan bergaduh sengit di dalam sebuah perlawanan
gusti.
Sorakan
penonton di sekelilingnya yang menyorak “bengong natang
nok sangat,haa pukoi haa, buh lagi buh lagi (beri/balas
lagi), haa mu nok kan,” juga jelas kedengaran.
Dilihat
gadis yang sedikit gempal berjaya memberi asakan hebat membuatkan gadis yang
berbadan ramping dibelasah sehingga bertubi-tubi.
Namun
tidak beberapa lama kemudian, muncul seorang ‘pengadil’ perlawan yang bertindak
seperti mengumumkan perlawan sudah tamat dan kemenangan nampaknya memihak kepada
gadis yang sedikit berisi.
Kami
masih tidak mendapat maklumat apakah punca sebenar pergaduhan tetapi daripada
gaya pertuturan dialek Kelantan mereka, boleh disimpulkan yang mana pergaduhan
adalah disebabkan kerana ‘merebut’ lelaki.
Agak
sedih sebenarnya melihat kelakuan-kelakuan wanita yang
seperti gangstersebegini.
Lagi
menyedihkan apabila melihat reaksi manusia di sekelilingnya yang menyorak
keseronokkan ditambah pula kerlibat beberapa sotong yang diantaranya berbaju
merah seperti di dalam visual.
Sebagai
lelaki, anda sepatutnya menghentikan perbuatan mereka dan bukannya menjadi
‘cameraman‘ kepada mereka.
Nate
beruk sungguh ‘sotong-sotong’ ni…
Sebelum
ini juga, sebuah video yang turut memaparkan ‘gadis Kelantan’ membelasah seorang
wanita telah pun menjadi viral dan dua suspek pergaduhan dilaporkan telah
ditahan reman. – Mynewshub.cc
0 Response to "VIDEO: LAGI GADIS KELANTAN BERGADUH KALI INI "WRESTLING""
Post a Comment