Perbuatan
biadap itu dirakam seorang penumpang yang kemudian memuat naik video kejadian di
halaman Facebooknya.
Menerusi
video berdurasi 16 saat, kelihatan lelaki berkenaan meraba punggung wanita yang
sedang berdiri dalam tren beberapa kali sebelum penumpang lain menyedari aksi
lucahnya itu.
Namun setelah menyedari aksinya dirakam, dia yang kelihatan terkejut memandang kamera lalu terus menjauhkan diri.
Rata-rata
pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang terhadap perbuatan biadap
lelaki itu dan tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak
menghalang dirinya diperlaku sedemikian.
“She
must be enjoying it.. hmmm (dia mungkin sedang
menikmatinya),” tulis Muhd Ameer.
Komen
daripada Ameer itu dijawab seorang pengguna Facebook bernama Nadya Sidek yang
menyifatkan tidak semua wanita mampu untuk mempertahankan diri.
“Not
everyone ‘enjoys’ it. Here you might say you’ll speak out & scold a guy when
he molests you, but in reality when something like this happens, some people
feel helpless (Bukan semua wanita rela ‘dinikmati’ apabila dipermalukan
sedemikian, mungkin anda akan menganggap jika terkena pada batang hidung
sendiri, anda akan memarahi perbuatan lelaki terbabit, namun realitinya,
terdapat sesetengah wanita tidak terdaya untuk melindungi dirinya walaupun
meminta tolong akibat ketakutan),” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "KANTOI!! "BANGLA KURANG AJAR, MERABA WANITA DALAM TREN""
Post a Comment