Bekas
rakan kelas seorang lelaki yang meninggal dunia keliru apabila menerima mesej
daripada si mati menerusi aplikasi WhatsApp selepas disahkan mati meninggal
dunia.
Seramai 19 rakan sekolah berusia 53 tahun yang mewujudkan kumpulan
sembang Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir di sini terkejut apabila menerima mesej
daripada Yong Soo Fah, sehari selepas kematiannya akibat diserang sakit jantung
semasa bercuti di Langkawi pada 9 Oktober lalu memetik Mstar.
Terkejut
Terima Mesej WhatsApp Dari Orang Mati
Seorang rakan kelasnya, Lim Dow
Toon berkata, mesej itu: “Come start happy now all my F..I go F.”
Beliau
berkata, mesej itu dihantar dalam kumpulan itu pada 1.45 petang sehari selepas
mayat Soo Fah dibawa pulang untu upacara pengebumian di sini.
Kata
Dow Toon, rakan yang dikenalinya sejak Tahun Satu jarang sekali mengirim mesej
yang ringkas dalam kumpulan itu.
Pada mulanya mereka menyangka ada di
kalangan saudara mara Soo Fah yang menghantar mesej WhatsApp
berkenaan.
“Tetapi apabila kami bertanya keluarganya, tiada yang berbuat
demikian malahan mereka memberitahu terlalu sibuk menguruskan upacara
pengebumian.
“Juga diberitahu, telefon bimbit Soo Fah ditutup sebaik dia
meninggal dunia,” katanya.
Dow Toon dan rakannya yang lain semakin keliru
apabila ada ahli keluarga Soo Fah mendedahkan beberapa hari kemudian bahawa
hanya kumpulan mereka menerima mesej itu berbanding beberapa lagi kumpulan
sembang lain selepas mereka memeriksa telefon bimbit Soo Fah.
Selain itu,
seorang lagi rakan, Mak Chee Kin berkata, satu lagi kekeliruan yang berlaku
berkaitan ucapan takziah atas kematian Soo Fah.
“Ucapan diterima hanya
beberapa jam selepas kematiannya tetapi lebih memeranjatkan apabila si mati
sendiri yang mengirim mesej itu,” katanya.
Sehingga kini, rakan sekelas
Soo Fah menganggap mesej yang diterima itu kejadian misteri.
sumber asal
0 Response to "Anda Berani Baca Tak?? Terkejut Terima Mesej WhatsApp Dari Orang Mati"
Post a Comment