
Luahan seorang anak yang
menceritakan pengalaman sebenarnya menerusi UKM Confession ini ternyata memberi
kesedaran bahawa sebagai seorang anak, kita seharusnya perlu memperbetulkan
sikap ahli keluarga yang lain yang leka terhadap suruhanNya.
Takkan nak
buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah
Nenek aku tak solat, arwah
atuk aku tak solat, pak long aku tak solat, ayah aku tak solat, mak lang aku tak
solat, mak uda aku tak solat, sampai lah ke mak usu aku tak solat( 8 beradik
semuanya, sorg dah meninggal). Tu belum masuk keluarga pak long aku, anak bini
dia, keluarga mak lang aku, suami ngn anak2 dia. Boleh kata semua tak solat,
yang solat pun boleh kira dgn jari jumlahnya.Mujur ayah aku kahwin dgn mak
aku, mak aku terjaga la jugak solatnya auratnya. So adik-beradik aku kiranya
yang bernasib baik sbb ada guide dari mak aku. Kalau nak harapkan ayah, memang
kitorang semua sama la tak solat.
Disebabkan ada mak aku je yg jaga
ibadah, aku dgn adik bradik bukanlah terjaga sgt, sbb mak aku pun kena selalu
ingat2kan ayah ttg ibadah. So aku grew up tak berapa kisah bab solat. Yelah, mak
je solat, ayah tak solat pun, takde masalah pun. Memang kitorg membesar macam
tu. Tambah2 pulak tgk nenek, pkck mkck semua pun tak solat. Aku belajar pasal
wudu, niat solat, rukun solat ape sume tu masa SRA je. Mak tak byk luang masa
nak ajar sbb dia pun kerja, nak cover duit belanja kitorg semua(ayah aku kerja
tp hulur duit sikit je dkt kami). Kiranya aku belajar solat kat sek agama, solat
jemaah kat sek tapi kat rumah, hancur lebur 5 waktu aku. Sama la dgn akak dgn
adik2 aku. So, bila aku baligh time form 1, aku still tak solat. Mak ada la ajar
cara mandi wajib. Aku buat, tapi takde function pon, sbb aku tak solat, tak
ngaji(eventhough aku lancar Quran dari darjah 3). Dalam sebulan ada la sekali
dua aku solat. Aku still tak solat tapi dah start jinak sikit2 sampai la awal
f4.
Aku dpt masuk asrama. Bila masuk je asrama, hidup aku turn 360. Aku
solat 5 waktu, jemaah pulak setiap masa. Ajaib sbb aku tak rasa terpaksa. Aku
belajar lebih pasal aurat. Aku kenal al- mathurat, aku hafal al-mulk. Aku baca
Quran siang malam. Aku hafaz balik surah2 yang pernah aku hafaz masa SRA. Aku
happy kat situ. Mak pun happy aku berubah. Akak pun dah solat selalu sejak dia
masuk asrama. Tapi ayah still macam dulu, nenek aku, pkck mkck aku, still
sama.
Aku boleh nampak beza keluarga sebelah ayah dengan keluarga sebelah
mak. Belah ayah memang porak peranda, yang ini kahwin 2 senyap2, yg itu
mengandung anak luar nikah, yg itu merempit, yg ini kena buang sekolah, yg itu
10 kali masuk lokap, yg ini tak reti balik rumah. Memang family adik-beradik
ayah aku 85% hancur. Yang elok sikit family aku dgn family mak usu, tu pun sbb
ada mak dgn pak usu aku yg jenis yg solat. Ironik sbb mak usu aku ustazah, tapi
dia yg tak solat.Banding dengan family belah mak, family adik-beradik mak
semua okay. Eventhough kebanyakan kurang bab pelajaran, tp akhlak okay. Solat
terjaga, segelintir je yg tak strict pasal solat. Tp in general okay.
Kau
boleh bayang jadi aku, bayang family sebelah ayah yang memang rupa perangai
macam dah melangkah ke neraka. Banding pulak dengan family sebelah mak yg aman,
tak bertekak, solat jaga, hormat sedara mara.
“”So? Apa yg cuba kau
sampaikan? Apa motif kau taip panjang2 ni ha?””Apa motif aku? Aku nak tunjuk
kat korang, nampak tak peranan solat? Tengok balik family ayah aku, dari atuk
nenek sampailah ke cucu cicit, hancur habis bab agama.(Moyang aku tak payah
cerita la, sbb aku tak kenal pun diorg). Mula2 dari atuk n nenek yg tak ambil
berat pasal solat, takde inisiatif nak ajar anak2, anak2 pun takde la nak solat,
pastu menurun pulak kat cucu2, pastu ke cicit2. Sampai bila? Sampailah kiamat.
Sampai dah tertutup pintu taubat. Sampai sudah la tak solat.Sehari tinggal 5
waktu solat. Seminggu dah 35 waktu. Sebulan? Setahun? Dua tahun? 50
tahun?
Nenek aku tu dah 70++, ayah aku dah 50++. Berapa byk waktu diorg
tinggal? Aku yg muda ni pun bertatih-tatih nak mengqada utk tempoh 3 tahun solat
yg aku tinggal. Ni pulak diorang.Sehari di dunia, berapa lama waktu di
akhirat? Tinggal satu waktu, apa balasan kita dapat?Ambil ikhtibar gais, aku
tak kuat nak tarik seluruh family sebelah abah, tapi aku cuba. Kalau korang ada
masalah similar macam aku, kita cuba okay. Cuba tarik diorang utk jumpa Allah.
Takkan selamanya nak sesatkan diri? Takkan nak buat record 7 keturunan masuk
neraka berjemaah?
sumber asal
0 Response to "Luahan Pilu Seorang Anak: “Takkan nak buat record 7 keturunan masuk neraka berjemaah”"
Post a Comment