Bunuh Dan Penggal Kepala Isteri


Seorang lelaki di Moscow berusia 22 tahun ditahan kerana disyaki membunuh kejam isterinya dengan memenggal kepala serta memburaikan organ dalamannya semata-mata kerana berebut hak penjagaan anak mereka.

Mayat Olga Onipenko, 18, ditemui berhampiran bandar berhampiran sempadan Kazakhstan dan suaminya Viktor Onipenko, mengaku melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, keluarganya mendakwa dia dianiaya dan tidak mungkin bertindak seganas itu. Pasangan yang sudah berpisah itu berebut hak penjagaan anak lelaki mereka berusia sembilan bulan.

Mayat Olga ditemui dalam Sungai Krivaya Bolda beberapa hari sebelum kepalanya dijumpai, kata polis. Pengenalan awal dibuat berdasarkan tatu pada badannya.

Sumber polis berkata, ketika bertengkar, Onipenko mengambil pisau dan menikam Olga di perut serta belakangnya sebelum mengeluarkan isi badannya dan memenggal kepalanya.

“Dia kemudian mencampakkan mayat mangsa ke dalam sungai,” katanya. Anak mereka ditempatkan dalam rumah anak yatim di Astrakhan.

Rakan Olga, Lyudmila Tsyganova berkata: “Mereka sering bertengkar mengenai anak dan dia selalu diugut suaminya.”

Katanya, pasangan itu sudah berpisah, tetapi Onipenko mengingkari perintah mahkamah untuk menyerahkan anak mereka, malah tidak membenarkan Olga menemuinya.

Pasangan itu bercinta sejak Olga berusia 13 tahun sebelum wanita itu hamil pada usia 16 tahun.


Sementara itu, ayah Onipenko, berkata: “Anak saya baik dan tidak mungkin melakukan perbuatan sekejam itu.”

Related Posts :

0 Response to "Bunuh Dan Penggal Kepala Isteri"

Post a Comment