SEBUAH pesawat
British Airways dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas pada malam Selasa
selepas penumpang terdengar bunyi dentuman kuat.
Portal Mirror melaporkan
penerbangan British Airways yang baharu sahaja berlepas dari Belfast, Ireland
untuk ke London, United Kingdom terpaksa mendarat cemas selepas masalah disyaki
melibatkan teknikal dikesan.
Pesawat
berkenaan mengelilingi di ruang udara selama setengah jam sebelum mendarat
selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Belfast.
Seorang
penumpang, Justin Hames berkata: "Kami berlepas kira-kira 7.35 malam Selasa
(3.35 pagi Rabu waktu Malaysia) dan semasa berlepas, kami mendengar satu bunyi
dentuman kuat, dan kami hanya terbang di sekitar Belfast selama kira-kira
setengah jam sebelum kami mendarat.
Memetik
laporan Belfast Live, juruterbang mengisytiharkan kecemasan selepas
mengesyaki masalah teknikal dan mengelilingi di runag udara sebelum mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Belfast.
Pesawat
Airbus A-319 itu hanya membuat penerbangan sejauh 22 kilometer untuk ke Lapangan
Terbang Heathrow di London, di mana ia sepatutnya dijadualkan tiba pada pukul
8.55 malam Selasa (4.55 pagi Rabu waktu Malaysia).
Seorang
jurucakap British Airways berkata, penerbangan terpaksa dilencongkan sebagai
langkah berjaga-jaga berikutan masalah yang disyaki melibatkan teknikal dikenal
pasti.
"Keselamatan
penumpang dan anak kapal kami sentiasa menjadi keutamaan. Pesawat mendarat dalam
keadaan biasa selepas dilencongkan sejurus berlepas sebagai langkah berjaga-jaga
kerana isu teknikal," katanya. - Mirror
0 Response to "BUNYI DENTUMAN KUAT SEBELUM PESAWAT BRITISH AIRWAYS MENDARAT CEMAS"
Post a Comment