Dalam kejadian itu, mangsa, Hamar Singh Rajput
dilapor sedang menunggang motosikal sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang
lori yang membawa muatan binaan di Rajasthan, India.
Akibat rempuhan itu, besi yang dibawa lori
berkenaan tertusuk di lehernya mangsa yang berusia 26 tahun.
Batang besi berukuran satu meter itu turut
menembusi belakang Hamar.
Mangsa ketika itu turut mengakui akan mati walaupun
masih mampu mengawal perasaan.
"Dua batang besi tertusuk di leher saya selepas
merempuh belakang lori.
"Saya sedar mengalami kecederaan parah dan kematian
semakin hampir," katanya.
Mangsa yang dibawa ke hospital berdekatan kemudian
berjaya dirawat dan dikeluarkan besi tersebut dalam satu
pembedahan.
0 Response to "LEHER TERTUSUK DUA BATANG BESI "MANGSA AKUI BERTUAH MASIH DAPAT HIDUP""
Post a Comment