![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQy4nqVCm4BKFvJAEc7hnh3Rfw4F79sL8wItFO0N-T1b-3kK3FD6lqDLGHu-rAoePx9iIC4eluDbb-FTTb1-w5dZjlpj_-dJjBflhaz_7erZpsl3Twh-aTwoQU85n3zwx6plQhJd7pNaLb/s640/image+%25281%2529.jpg)
BUKAN sahaja popular dengan tagline produknya
'Qu Putih Qu Putih, barulah putih', pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd,
Datuk Dr Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Vida turut menjadi perhatian
kerana sering mengenakan pakaian bergemerlapan dan mahkota.
Menurut Datuk Vida, dia mengenakan mahkota
kerana minat serta hobinya mengumpul serta memakai mahkota sejak lima tahun
lalu.
"Angan-angan nak jadi puteri raja. Kena pula
dengan cerita Frozen tu, memang makin saya minatlah," katanya.
Malah, Datuk Vida mendedahkan, mahkota paling
mahal yang dipakainya berharga dalam lingkungan RM 100,000 lebih manakala yang
paling murah berharga RM10,000 lebih.
"Setakat ini saya ada 10 mahkota yang ditempah
di Hong Kong," katanya dipetik Media Hiburan.
Tambahnya lagi, dia kebiasanya akan memakai
mahkota ini semasa promosi produk-produk atau ada majlis tertentu yang
memerlukan untuk tampil menarik.
"Jadi kenalah saya pakai mahkota yang senang
suai padan dengan baju-baju,” ujarnya.
0 Response to "Datuk Vida Ingin Jadi Puteri Raja"
Post a Comment