Seorang jemaah haji
tidak menyangka, impiannya untuk dapat berjalan semula akhirnya termakbul hasil
berkat doanya di hadapan Kaabah.
Bercerita
pengalaman uniknya itu, Fatimah Abd Latif, 60 berkata, dia menyedari kakinya
boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan mahu bersiap menunaikan solat
Subuh di Masjid Nabawi.
“Kemudian,
saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja.
Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk
menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.
“Alhamdulillah,
syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah
memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.
“Allah
memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur
atas nikmat ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebelum
ini, Fatimah disahkan mengidap angin ahmar yang mengakibatkan badannya lumpuh
sebelah kiri sejak lima tahun lalu.
Difahamkan,
ketika mula tiba di Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf
di Arafah, Fatimah antara jemaah haji yang memerlukan kerusi roda untuk
bergerak.
Fatimah
merupakan antara 455 jemaah haji yang tiba ke tanah air dari Madinah menerusi
penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas Malaysia Airlines Berhad (MAB)
MH8289, petang Rabu.
Hadir
sama menyambut ketibaan jemaah haji ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri
Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
TH, Datuk Seri Ismee Ismail.
Sumber: Harian
Metro
0 Response to ""DOA DIMAKBULKAN DIDEPAN KAABAH, JEMAAH HAJI LUMPUH BOLEH BERJALAN SEMULA""
Post a Comment