Mangsa dikatakan ingin memasukkan sejumlah wang
ke dalam mesin deposit tunai (CDM) ketika dia disapa oleh dua individu
dipercayai berbangsa Turki, seperti mana dipaparkan dalam visual CCTV.
Pada mulanya kedua-dua suspek mengajukan
beberapa soalan ‘pancing’ kepada mangsa bagi membuktikan kononnya niat mereka
hanya ingin bertanyakan soalan namun tidak lama kemudian, bermulalah modus
operandi penjenayah terbabit.
Di bawah kami siarkan perkongsian oleh pengguna
Facebook Saharuddin Ridzuan berkenaan kejadian pukau yang berlaku terhadap
seorang kenalannya.
Diharapkan kita semua lebih berhati-hati dan
peka selepas ini..
MOHON SHARE &
VIRALKAN
Pukau di ATM/CDM sekitar Lembah
Klang
Sahabat baik saya baru sahaja kena
benda ni. Mohon kita saling mengingati pada adik abg kakak saudara sahabat kita
supaya berhati-hati dan lebih peka. Modus operandi mereka hampir sama. Saya
lampirkan cerita dibawah sebagai ingatan.
Kejadian
berlaku pada siang hari dan sahabat saya ini bukan keseorangan didalam bank atau
lebih tepat orang ramai juga ada untuk urusan keluar masuk wang dlm
ATM/CDM.
Mulanya
mangsa mengeluarkan wang dari ATM yang berjumlah RM2,850 untuk dimasukkan dalam
CDM. Selepas itu mangsa beratur menunggu giliran kerana 2 mesin CDM rosak hanya
1 mesin berfungsi. Kemudian datang 2 orang (mengaku orang Turki) bertanya soalan
pada mangsa “adakah mesin ini menerima wang selain wang Malaysia?” Mangsa
menjawab tidak dan seterus soalan-soalan yg melalaikan mangsa diaju. Tapi ketika
ini mangsa masih menunggu giliran dan belum masukkan wang dalam
CDM.
Kemudian
semasa tiba giliran mangsa untuk masukkan wang didalam CDM dan sedang memasukkan
wang dalam slot CDM, pemukau datang dengan kelam kabutnya dan terus mengambil
wang dari slot CDM dan bertanya “adakah wang Malaysia macam yang kamu pegang ini
diterima dalam mesin?” Mangsa jawab ya. Sementara itu bahu mangsa ditepuk dan
wang didalam slot CDM sudah separuh diambil oleh pemukau.
Kes
yang hampir sama ada berlaku. Ini berpandukan laporan polis yg dibuat oleh
mangsa lain. Jumlah wang didalam slot CDM & wang didalam poket beg wang
diambil kira-kira RM5,000
Cara
yang paling mudah dan selamat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku
adalah dengan tidak melayan mana-mana orang yang tidak dikenali ketika sedang
mengeluarkan atau memasukkan wang di mana-mana bank.
Muka
penjenayah ada disertakan. Lokasi dan bank mana saya rahsiakan atas permintaan
pengurus bank tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook
Safaruddin Safuan
0 Response to "GEMPAR!!! " WASPADA KES PUKAU TEPUK BAHU DI MESIN ATM""
Post a Comment