Gambar
kekecohan yang berlaku di lampu isyarat di daerah Zhenxiong di Yunnan itu, telah
tersebar dengan pantas menerusi Internet.
Kejadian
dipercayai menjadi tegang selepas seorang pegawai trafik menahan sebuah kereta
dan meminta kesemua penumpang turun dari kenderaan untuk diperiksa.
Namun
begitu, seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang
dikatakan enggan berbuat demikian sekali gus mengundang kemarahan pegawai
terbabit.
Pegawai
yang berang itu kemudiannya bertindak menarik lelaki terbabit keluar dari
kenderaan dan memukulnya dengan kayu panjang.
Isteri
lelaki terbabit dilihat cuba menghalang pegawai tersebut daripada melakukan
perkara itu namun hanya sia-sia.
Rata-rata
masyarakat terkejut dengan tindakan pegawai terbabit yang
disifatkan keterlaluan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "TAK DENGAR ARAHAN, PEGAWAI TRAFIK LIBAS LELAKI DENGAN KAYU"
Post a Comment