Polis
menahan seorang lelaki awal pagi tadi, yang dipercayai membunuh seorang remaja
perempuan di rumah mangsa di Bandar Baru Teluk Kumbar, malam tadi.
Suspek
berusia 20 tahun ditahan di kawasan Bayan Lepas dan polis turut menemui senjata
yang digunakan untuk membunuh mangsa.
Jurucakap
polis berkata, suspek dipercayai menceroboh bilik mangsa ketika dia tinggal
seorang di rumah ketika kejadian.
“Suspek
yang bersembunyi sekitar kawasan ini turut mengambil telefon bimbit
mangsa.
“Dia
dijangka direman pagi ini di Mahkamah Majistret Balik Pulau bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Dalam
kejadian malam tadi, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui mati dengan lehernya
dikelar.
Mangsa
ditemui bapanya kira-kira jam 7.30 malam di atas katil dalam keadaan berselimut
ketika mahu mengejutkan mangsa yang disangka sedang tidur.
Sumber:
Hmetro, Bharian,Wowberita, FB
0 Response to "Gambar Wajah Suspek Sembelih Gadis 17 Tahun Tersebar"
Post a Comment