GEMPAR!
Video sadis yang memaparkan empat orang wanita yang dibogelkan, diikat, dipukul
dan dibakar oleh penduduk telah tersebar secara meluas menerusi internet.
Kejadian
dilaporkan berlaku di kawasan pedalaman Papua New Guinea, jiran Indonesia dan
Australia itu selepas kesemua wanita terbabit disyaki mengamalkan ilmu hitam dan
sihir.
Mereka
didera dan diperlakukan sedemikian kerana kononnya dipercayai telah ‘mengambil’
jantung daripada seorang lelaki dengan kaedah yang tersembunyi untuk tujuan
jahat.
Lelaki
yang menjadi mangsa itu tinggal di sebuah perkampungan di wilayah Enga serta
dikatakan telah jatuh sakit pada Ogos lalu dan ‘ahli sihir’ itu dituduh menjadi
dalang kejadian tersebut.
Menerusi
video yang tersebar itu memperlihatkan beberapa wanita yang berada dalam keadaan
telanjang dipukul dan diugut dengan parang oleh orang ramai yang sedang
berang.
Berdasarkan
kepada ayat terjemahan yang dibuat, wanita tempatan terbabit bertegas menafikan
perbuatan itu dan mereka turut merayu untuk dilepaskan.
Penduduk
yang marah dengan wanita tersebut mengugut dan salah seorang daripada mereka
kedengaran berkata, “Jangan hanya pukul mereka,
bakar sahaja mereka.”
Walau
bagaimanapun, sekurang-kurangnya seorang daripada wanita itu dikatakan mati
daripada insiden itu, namun masih tiada pengesahan mengenainya lagi. –
Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "KEJAM!! VIDEO: AHLI SIHIR DIIKAT,DIDERA, DIBAKAR DI PAPUA NEW GUINEA"
Post a Comment