KERANA GIMIK EMMA MAEMBONG TERPAKSA TERIMA PADAH!!

Bermula dengan kekecohan “Video Kamal Adli Dan Emma Maembong Bikin PANAS!” yang dikatakan berjaya dirakam serta tersebar menunjukkan Emma Maembong menampar aktor Kamal Adli minggu lalu sehingga pengakuan yang diberikan oleh Emma sendiri “Pengakuan Emma Maembong Mengejutkan Ramai!” akhirnya mencetuskan ketidakpuasan sesetengah pihak mahupun peminat.
Gara-gara idea gimik daripada pihak Est Cola, Emma Maembong terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan daripada netizen. Memanglah netizen tak puas hati kan, kenapa tiba-tiba boleh tampar macam tu sekali. Kalau bergaduh sekalipun janganlah guna kekerasan, lagi-lagi belum kahwin kan, eh!
“Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.
“Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar,” katanya.
 Kerana Gimik Emma Maembong Terpaksa Terima PADAH!
“Tampar Kamal Adli, Emma Maembong Beri Penjelasan!” bagaimanapun telah membongkarkan kisah sebenar di sebalik gimik yang tersebar, nasib baik! Jelasnya lagi, Emma Maembong memang dari awal lagi risau ia akan mencetuskan kontroversi dan memberi kesan negatif kepada mereka berdua, namun sedutan iklan tersebut sememangnya idea daripada pihak mereka.
“Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.
“Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.
“Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar,” jelasnya.
Kerana Gimik Emma Maembong Terpaksa Terima PADAH!

Kesian pula dekat mereka berdua yang menjadi mangsa kritikan dan hentaman para netizen yang agresif, ops!

0 Response to "KERANA GIMIK EMMA MAEMBONG TERPAKSA TERIMA PADAH!!"

Post a Comment