
Berhubung
dengan tuntutan Rita Rudaini terhadap Aidil Zafuan, Mahkamah Tinggi Syariah Shah
Alam sebentar tadi memerintahkan pemain pertahanan pasukan JDT, Aidil Zafuan
membayar kepada bekas isterinya RM30,000 daripada tuntutan sebenar RM300,000
yang dipohon Rita Rudaini sebagai mutaah.
Memetik
laporan daripada Sinar Harian, keputusan
itu dibuat Hakim Syarie, Mawardi Che Man selepas berpuas hati plaintif, Rita
Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.
Dalam
penghakimannya, beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan
defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini.
“Mahkamah
memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.
Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah
disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah
kembali taat namun ia ditarik semula,” katanya.
0 Response to "Hakim Dedahkan Punca Sebenar Penceraian Aidil Dan Rita! Aidil Tanggung Malu"
Post a Comment