Sekumpulan 15
samseng mengamuk bersenjatakan pisau dan pedang Samurai di dalam sebuah
restoran hanya kerana tidak berpuas hati ditegur berkelakuan kasar oleh
pekerja premis itu.
Dalam kejadian jam 6.20 pagi semalam,
kumpulan lelaki itu berkelakuan tidak ubah seperti ahli kongsi gelap apabila
turut merosakkan kerusi, meja dan hampir semula perkakas di dalam restoran
terletak di Seksyen 15 Subang Jaya, di sini.
Salah seorang pekerja restoran berkata,
kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki berusia 25 hingga 32 tahun muncul di
premis itu dalam keadaan mabuk.
“Mereka kemudian cuba mengalihkan meja
di dalam restoran itu dengan kasar menyebabkan rakan sekerja saya menegur
perbuatan mereka.
“Tindakan itu sebaliknya menyebabkan
kumpulan suspek berang dan bertindak menendang mangsa sebelum rakan-rakannya
yang lain turut membelasahnya,” katanya.
Sumber:
Harian Metro
0 Response to "Berang ditegur kerana bertindak kasar, 15 samseng mabuk amuk guna pedang samurai di sebuah restoran"
Post a Comment