Sehari selepas mengumumkan pengharaman Tumblr,
Indonesia semalam memutuskan mengambil pendekatan lebih lembut untuk menapis
kandungan yang tidak wajar di laman media itu.
Kelmarin, pihak berkuasa negara itu berkata, ia
akan mengharamkan Tumblr kerana kandungan laman web yang mengandungi bahan
lucah.
Namun, tindakan itu menimbulkan kemarahan
pengguna, menyebabkan kerajaan mengubah pendiriannya untuk mengharamkan Tumblr
sepenuhnya.
Sebaliknya, pihak berkuasa akan berbincang
dengan pemilik Tumblr, Yahoo, untuk memikirkan cara menyekat akses terhadap
bahan lucah di laman blog itu.
Menteri Komunikasi dan Penerangan menyatakan di
laman webnya, ia meminta Tumblr menyaring sendiri kandungannya yang berunsur
lucah.
Sebagai tambahan, pihak berkuasa terus memantau
laman web itu untuk memastikan ia mematuhi standard ditetapkan, seterusnya
mungkin mengharamkannya kelak jika bahan porno masih boleh diakses melaluinya di
Indonesia.
Tumblr tidak mengulas pengharaman atau cadangan
penyaringan itu.
Seorang pengguna di Indonesia berkata, dia
berjaya mengakses Tumblr semalam selepas laman web itu disekat sejak dua hari
lalu.
Laporan awal BBC mengatakan, Indonesia
merancang mengharamkan Tumblr tanpa berbincang dulu dengan syarikat berkenaan
dengan memetik Pengarah E-Perniagaan Kementerian Penerangan Indonesia, Azhar
Hasyim sebagai berkata: “Kita perlu mengharamkan laman web itu dulu dan
memaklumkan mereka kemudian.”
0 Response to "Jakarta Berlembut Dengan Website Lucah Tumblr"
Post a Comment