
Seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia
pada Ahad lalu ketika menjalani sesi Tui Natheraphy iaitu sejenis urutan
terapeutik Cina, di Singapura.
Menurut akhbar Lianhe Wanbao, Serene Lim Xinhui
telah melawat sebuah klinik yang terletak di sepanjang Orchard Road selepas
membeli-belah di kawasan tersebut.
Semasa menjalani terapi Tui Na, Serene
tiba-tiba mengalami sawan sebelum beralih ke keadaan koma.
Terkejut dengan keadaan Serene, seorang pakar
urut dengan segera menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk
bantuan.
SCDF kemudian menghantar ambulan ke tempat
kejadian untuk membawa mangsa ke Hospital Tan Tock Seng.
Bagaimanapun, Serene disahkan meninggal dunia
pada kira-kira jam 8.50 malam ketika menerima rawatan kecemasan.
Menurut ibunya, mereka menerima panggilan
daripada pihak hospital pada kira-kira jam 8 malam, serta dimaklumkan bahawa
Serene sedang menerima rawatan kecemasan.
Menurut pakar urut di klinik tersebut, ini
merupakan kali pertama Serene mendapatkan urutan tradisional itu.
Pihak polis berkata punca kematian masih belum
dikenal pasti dan masih menunggu laporan bedah siasat.
0 Response to "Maut Ketika Sedang Berurut"
Post a Comment