Pihak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai
harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali
seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1
November ini.
Memetik
laporan Utusan
Malaysia,
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani, Kastam dikatakan sedang
berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk memansuhkan bayaran 6% berkenaan apabila pelanggan membeli
kemudahan tersebut.
Beliau
juga memberitahu kerajaan tidak akan berkrompromi dengan syarikat telekomunikasi
(telko) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan
selanjutnya sekiranya mereka masih berdegil.
"Bagaimana
telko mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting, rakyat beli RM10
dapat nilai RM10. Kita mahu Kastam buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman
1 November ini," katanya
dipetik berkata selepas satu forum pengguna di Kuala Lumpur semalam.
Katanya
lagi, kerajaan tidak boleh menerima alasan pihak telko sebelum ini yang
mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia untuk itu memandangkan tempoh
diberikan kepada telko terlalu lama.
"Jika
pihak telko masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu patuh
arahan ini, iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal.
"Sebab,
pada logiknya, kalau telko tidak bersedia, kenapa pengguna pula kena tanggung
kos tambahan," beliau
dilaporkan Utusan berkata.
Mulai
April lalu, susulan pengenalan GST 6%, semua telko mengenakan cukai itu pada kad
tambah nilai prabayar telefon tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat
pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi 6%. - Siakapkeli.my
0 Response to "HARGA KAD PRABAYAR AKAN KEMBALI SEPERTI BIASA"
Post a Comment