KEMAMAN 18 Okt. - Tidak sampai seminggu selepas tragedi enam sekeluarga maut dalam nahas jalan raya Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), satu lagi tragedi maut berlaku tengah malam tadi yang melibatkan dua dari empat beranak di lebuh raya yang sama kira-kira pukul 11 malam tadi.
Tragedi berlaku di susur keluar Plaza Tol Cheneh.
Mereka yang maut adalah peneroka di Felda Neram 2, Hasan Abd. Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Sazwani, 21.
Isteri Hasan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsu, Hanis Sazwani, 14 cedera ringan di muka dan badan.
Utusan Online melaporkan Hasan dan anak sulungnya
meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Sementara itu,
Menteri Besa Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan
mengadakan mesyuarat khas dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR untuk
mengenalpasti kawasan berisiko dan langkah yang perlu diambil untuk mengelak
kejadian ngeri di LPT2.
“Pihak kerajaan
negeri juga berhasrat untuk menempatkan anggota JPAM di kawasan yang dikenal
pasti sebagai kawasan berisiko”
“Ini bagi
memudahkan mereka bergegas dan memberi pertolongan awal sekiranya ada berlaku
kemalangan ataupun kecemasan di kawasan LPT2 tersebut”
“Segala kos penempatan dan mobiliti akan
ditanggung oleh kerajaan negeri”, katanya sambil memaklumkan kerajaan negeri
akan mengadakan majlis solat hajat bagi memohon sebarang kejadian tidak diingini
berulang di LPT2. - Siakapkeli.my
0 Response to "LAGI KES KEMALANGAN MAUT DI LPT2, RAGUT 2 NYAWA"
Post a Comment