![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpXKaNulL1zJ43jUIFQ54euPe_8yNsDEdWOKZm4WG3-NvGtbVMhexsMFjiDg3-mmrwbw5moMjWhTyGCo-tfLX-XokiS3_E9KGcFQlO8ZiFkfSCIpPTbaeUvVV49vuLOe6QRc_iMkA70SmZ/s640/tara2.jpg)
Tara, 26, seorang jurumekap artis, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan selepas didapati bersalah membuat kekacauan di sebuah bar, pada sambutan Krismas tahun lalu.
SEORANG ibu, Jackie Brooklyn
mengakui risau dengan keselamatan anak transgendernya, Tara Hudson yang telah
dijatuhi hukuman penjara dan ditempatkan bersama tahanan lelaki yang
lain.
Tara, 26, seorang jurumekap
artis, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan selepas didapati bersalah
membuat kekacauan di sebuah bar, pada sambutan Krismas tahun lalu.
Transgender, Tara
Hudson
Mahkamah telah memutuskan Tara
atau nama asalnya, Aaron menjalani hukumannya dalam sel lelaki di Penjara Lelaki
Bristol, United Kingdom memandangkan dalam kad pengenalannya, jantina Tara masih
lagi lelaki.
Tara sebelum ini telah
menjalani pelbagai pembedahan bagi mengubah dirinya dari seorang lelaki kepada
seorang wanita sejak enam tahun lalu.
Jackie Brooklyn, ibu
Tara
Jackie menyatakan kerisauan
sebaik hukuman itu dijatuhkan memandangkan anaknya itu memang sudah 100 peratus
bertukar kepada wanita.
“Dia sudah kelihatan
macam wanita tulen. Saya merasakan semua tahanan lelaki itu akan mengacaunya
nanti,” kata Jackie. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Ibu Risau Keselamatan Anak Pondan Dalam Penjara Lelaki"
Post a Comment