
BEKAS pemain bola sepak
antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015
oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran
30 November ini.
Bintang berusia 40 tahun
itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang
diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta
naskhah.

Berita mengejut tersebut
diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen
penyiaran ternama ABC, Jimmy Kimmel Live pada
semalam.
“Ia merupakan
penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk
menerimanya,”katanya.
“Saya tak rasakan
diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan
sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya
ke arah itu,” tambahnya.
Suami kepada pereka fesyen
terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu
merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.
Anak-anaknya, Brooklyn, 16;
Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan
ketawa dengan berita berkenaan.
“Betul ke?! Lelaki
paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil
ketawa.
Apa-apa pun, lelaki British
itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu. – Agensi
0 Response to "David Beckham Dapat Gelaran Lelaki Paling Seksi Tahun 2015"
Post a Comment