
LEGENDA ragbi dunia, Jonah Lomu meninggal dunia
pada usia 40 tahun, dipercayai akibat masalah buah pinggang.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap keluarga
mendiang, John Mayhew dan Persatuan Ragbi New Zealand (NZR).
"Saya boleh mengesahkan bahawa Jonah Lomu
meninggal dunia pagi ini, ia sesuatu yang tidak disangka tidak dijangka,"
katanya.
Beliau turut berkata keluarga mendiang memohon
agar privasi diberikan kepada mereka.
Sementara itu, Ketua Eksekutif NZR, Steve Tew
menzahirkan rasa sedih atas kematian mengejut Jonah Lomu.
"Lomu seorang legenda yang disayangi oleh
seluruh dunia," katanya.
Lomu sebelum ini mengalami masalah kesihatan
yang dihidapinya selepas persaraan pada 2002 berikutan masalah buah pinggang dan
Sindrom Nephrotic.
Dia menjalani rawatan dialisis sejak 10 tahun
lalu.
Lomu pernah beraksi untuk 63 perlawanan
antarabangsa sepanjang mewakili New Zealand yang bermula sejak 1994.
Dia juga berjaya membuat 37 tries sepanjang
kerjayanya bersama pasukan kebangsaan negara itu.
0 Response to "Jonah Lomu Meninggal Dunia"
Post a Comment