Mengejutkan dan menyedihkan apabila seorang bapa bertindak di luar kewarasan
apabila sanggup menanam anaknya sendiri dek kerana anaknya seorang perempuan.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di India ini benar-benar mengejutkan dunia.
Memetik laporan New Delhi Television Limited Is An India (NDTV) berkata,
lelaki itu cuba menguburkan anak perempuananya yang berusia 10 tahun hidup-hidup
tanpa alasan logik.
Jelas laporan itu, alasan lelaki itu bagi ‘membenarkan’ perbuatannya itu
adalah kerana anaknya adalah perempuan. Menurut polis, beberapa saksi melihat
‘aksi’ tertuduh yang menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ‘bagi
tujuan pengebumian tersebut’ tatkala isterinya keluar.
Dia dikatakan meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan
mulut ditutup. Lantas menimbus tanah sehingga paras dada.
Namun usaha tersebut gagal apabila sebaik sahaja isterinya pulang, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang melihat kejadian terbabit.
Namun usaha tersebut gagal apabila sebaik sahaja isterinya pulang, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang melihat kejadian terbabit.
Pada mulanya, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan
bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk
meneruskannya perbuatan tersebut selepas itu namun sudah diketahui awal oleh
jirannya.
Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis.
0 Response to "Isteri Lahirkan Anak Perempuan, Bapa Tanam Anak Dalam Tanah Sungguh Mengerikan"
Post a Comment