Baca artikel ini, teringat masa saya melamar
seorang lelaki ini. Pada mulanya, saya berasa malu untuk melamarnya. Pelbagai
cara saya gunakan sehingga saya plan nak menggunakan khidmat orang tengah.
Tetapi kerana malu, saya cuba pendamkan perasaan itu.
Hari demi hari, perasaan itu semakin kuat. Inilah
yang orang katakan penyakit angau. Tetapi mandi masih basah, makan masih
kenyang, tidur pun masih berdengkur.
"Hahaha! Takdelah, saya bergurau
sahaja,"
Oleh kerana perasaan saya tidak tenang, saya
mengambil keputusan untuk membuat solat sunat taubat, hajat dan istikarah. Saya
memohon padaNya agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk melamar lelaki
tersebut.
Ditakdirkan Allah, hati saya sangat kuat untuk
melamar lelaki itu. Saya katakan pada diri "Takpe kalau kena reject. Yang pasti
saya sudah berusaha,".
Saya kirimkan mesej pada lelaki itu melalui media
sosial. Dalam mesej itu saya melamar dia. Pada masa itu rasa lega sangat-sangat.
Walaupun akhirnya lamaran saya ditolak sebab dia sudah bertunang. Entahlah,
sedih itu tetap ada. Cuma mungkin sebab saya sudah siapkan diri saya untuk
menghadapi perkara ini.
Pada masa itu, barulah saya rasa lega dan tenang.
Bagi saya, tiada istilah 'Perigi mencari timba'. Itu hanyalah sekadar mitos atau
peribahasa yang mengarut. Sedangkan Saidatina Siti Khadijah pun melamar
Rasulullah.
Kalau kita suka pada seseorang dan inginkan dia
menjadi pasangan kita sampai ke syurga, kita lamarlah dia. Dia terima atau
tidak, kita serahkan pada Allah. Tawakallah, jangan malu untuk melamar lelaki.
Tetapi malulah bila lelaki ajak kita couple dan kita terima. -
Anonymous.
- THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to ""JANGAN MALU MELAMAR LELAKI YANG KITA SUKA""
Post a Comment