
Gua
Musang: Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui
dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi,
hari ini.
Mereka
dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.
Turut
ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal
pasti identiti.
Difahamkan
ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya
terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.
Mereka
dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum
dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.
Berikutan
itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih
hilang.
Pada
3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing
Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak
perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.
Mayat
Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan
kepada petugas keselamatan.
0 Response to "Kanak-Kanak Orang Asli Yang Hilang Kini Dijumpai Dengan Serpihan Tengkorak Dan Tulang Rusuk ! Mengerikan!"
Post a Comment