Demi
meraih wang pendapatan lumayan, seorang lelaki ini tergamak bertindak menyewakan
isterinya kepada 2,742 orang pelanggan yang berurus niaga dengannya melalui
Internet semenjak 4 tahun lalu.
Lelaki
rakyat Perancis yang berusia 54 tahun itu dikatakan berjaya meraih pendapatan
mewah sebanyak lebih RM23,000 setiap bulan dengan hanya bertugas melacurkan
tubuh isterinya yang berusia 46 tahun.
Perniagaan
seks yang berhasil mendatangkan pulangan lumayan kepada lelaki warga emas
terbabit malah dijalankan di rumahnya sendiri yang terletak di pinggir bandar
kecil di Meaux, utara ibu kota Paris.
Dia
dilaporkan tinggal di rumah tersebut bersama-sama dengan isterinya itu dan anak
mereka yang berusia 5 tahun, menurut berita yang disiarkan oleh kebanyakan media
tempatan pada Jumaat.
Sementara
isterinya seronok ‘diratah’ oleh pelanggan di dalam rumah mereka, lelaki
tersebut bersama anaknya hanya akan duduk dan tunggu di dalam kereta mereka di
luar kediaman berkenaan.
Walau
bagaimanapun, kedua-dua mereka telah ditangkap minggu lalu, namun hanya lelaki
berkenaan dikenakan hukuman kerana pihak pendakwa raya percaya isterinya
hanyalah mangsa eksploitasi suspek rakus itu.
Emmanual
Dupic dari pihak pendakwaan Perancis berkata: ” Si suami telah
mengenakan kuasa psikologi terhadap isterinya daripada berhenti memberikan
layanan seks kepada pelanggannya.”
Walaupun
bidang pelacuran sebenarnya sah di sisi undang-undang awam di Perancis, namun
industri pemerdagangan manusia untuk tujuan seks komersial tidak boleh diterima
sama sekali.
Lelaki
tersebut berhadapan dengan perbicaraan mengenai jenayahnya dan boleh dikenakan
hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "KEJAM: LELAKI GILA SEWA ISTERI KEPADA LEBIH 2700 LELAKI !"
Post a Comment